Perkhidmatan awam termasuk rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kekal menjadi pilihan pengguna.<br />... Pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor, hari ini.<br />Tinjauan Astro AWANI di Stesen KL Sentral mendapati, penumpang berpusu-pusu terutamanya pada waktu puncak.<br />Bagaimanapun, situasi masih terkawal dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.<br />Wartawan Hasimi Muhamad, ada laporannya.